RSS

Thursday, June 18, 2009

Tangga Kenangan

Minggu lepas aku telah pulang ke kampung ku di Batu Pahat..

sewaktu lalu di hadapan rumah arwah atuk... rasa sayu sekali.. melihat rumah atuk yang hanya tinggal tangga sahaja.. sedey sungguh rasa hati... tapak rumah itu telah dipajak kepada cina untuk tanaman nanas.. ade ke patut???

Aku ingat lagi arwah abah pernah menangis setiap kali lalu di sini... entah kenapa mereka sanggup merobohkan rumah pusaka itu dan memajakkan pulak tanah tu pada orang lain. Sayu betul hati melihat hanya tinggal tangga sahaja di situ...

Rumah tu terlalu banyak kenangan bagiku.. apatah lagi pada arwah abah kerana di sanalah abah dibesarkan... disanalah kami berkumpul pada setiap hari raya aidilfitri.. meriah sunggug dengan suara kami semua.. tambahan dengan gelak ketawa pak cik dan mak cik yang menyakat...

Kenangan manis seperti itu amat sukar untuk aku lupakan...

Kalaulah masa boleh diputarkan semula... aku nak semuanyer kembali seperti biasa.. Aku nak lihat atuk..nenek..abah..mak..dan semuanyer meriahkan rumah itu seperti dulu.. tapi tu semua x kan berlaku sebab tu semua hanya tinggal kenangan sahaja... kenangan yang akan ku kenang buat selamanya...

peacelove : manisnya kenangan lalu.....

0 comments:

Post a Comment