ASKM semua...
Dah lama rasanya aku x menulis di blog..
pada tanggal 15hb Jun yang lalu aku telah kehilangan seorang insan yang bergelar nenek..
Berita tu aku terima semasa aku berada di tempat kerja.
Terasa lemah segala anggota bila mendapat tahu nenek dah tiada,
tiada kata yang mampu kuucapkan selain dari air mata.
Rasanya aku belum lagi cukup kuat untuk menerima satu lagi kehilangan,selepas mak dan abah pergi.. Ya Allah betapa besarnya dugaan yang kau berikan padaku... Kuatkah aku ya Allah untuk mengharungi semua ni
dengan air mata juga aku pergi ke rumah nenek di Pasir gudang, sewaktu aku sampai aku lihat telah ramai org yang berkumpul... langkahku laju menuju ke rumah nenek.
Kulihat mayat nenek sudah mahu diangkat masuk ke van jenazah tapi aku merayu pada Cik Wan untuk melihat nenek sebentar. Setelah kain yang menutup muka nenek di selak.. kulihat wajah suci nenek.Ku kucup nenek sepuas hati... Ku peluk nenek erat...
"Nek... bagunlah nek...along datang..."..ku bisikkan pada nenek..
tapi nenek terus berdiam.
Nenek dah tak ada lagi... sama seperti mak dan abah..
Berat rasa hati melihat jenazah nenek di bawa ke dalam van...
Aku ikut ke tempat wakaf untuk sama-sama memandikan jenazah nenek.
Pada awalnya aku tertanya-tanya sendiri mampukah aku??..
Tapi dengan tekad yang kuat aku teruskan..
Melihat tubuh kaku nenek,aku seperti mahu menjerit..
"Bangunlah nenek!!..Bangunlah!!.."
Tapi suara ku tak mampu keluar. Tersekat dan terkedu..
Bersama air mata aku teruskan jua mengikuti proses memandikan jenazah hingga selesai..
Sesekali kuusap kaki nenek...sejuk..
Aku kuatkan hati hinggalah selesai memandikan jenazah..sesekali kupandang wajah adikku yg turut mengalirkan air mata.
Tiba saat proses mengkafankan.. sayunya hati melihat tubuh nenek di baluti kain putih.. Rasa aku mahu meraung meminta jangan dikafanklan nenek.. nenek akan bgn nanti..
Tapi aku tahu itu mustahil terjadi.. sebak di dadaku tak dapat di kawal aku terpaksa keluar dari situ mencari satu sudut untk aku melepaskan tangisan yang dari tadi kutahan..
Terdetik sebentar di hati...kenapa dunia amat kejam bagiku.. Tapi cepat2 aku tersedar semua ini adalah takdir tuhan dan pasti ada hikmah disebaliknya.
Seterusnya melihat mayat nenek dikebumikan seperti gugur sudah jantungku... Tak sanggup melihat orang yang kita sayang terkubur..
Oh Tuhan betapa besarnya dugaan ini.. kuatkanlah aku Ya Allah.. Tabahkan aku dalam melalui ranjau2 hidup.. jadikanlah aku insan yang selalu sabar dan tabah dengan semua dugaannu..
Kau lindungi Nenek..Abah..Mak..dan letakkan mereka di sisi orang2 yang beriman. Aku hanya mampu berdoa...untuk mereka...
peacelove : semoga aku tetap kuat...
0 comments:
Post a Comment