Hari ni x macam hari-hari biaser aku, agak muram skit. Semuanya bermula dengan ketegangan tapi alhamdulillah sebelum balik tadi semua dah nampak ok.Ada jugaklah gelak ketawa yang lahir dari bibir aku ni. Kalau tak, mcm ada sesuatu yang menghempap kepala aku ni sampai nk senyum pun susah. Aku tak nak komen apa-apa sebab aku rasa semuanya ok jer.
Tapi inilah perangai aku,aku ni lemah skit dalam berhubungan dengan org ni. aku jenis x pandai nk tunjukkan rasa sayang pada seseorang. Dah tu semua org ingat aku ni brutal jer...tak der perasaan sensitif. Tapi dia orang tak tahu jauh dalam sudut hati aku ni aku sangat mudah tersentuh. Kalau orang yang tak kenal aku mesti dia ingat aku ni sombong,garang dan berlagak. Kebenarannya aku bukan macam tu. Aku pun seperti orang lain jugak, mereka bergurau dengan aku macam aku ni x ade perasaan. Walhalnya mereka tak sedar langsung apa yang mereka katakan tu amat menyakitkan hati aku. Sakit tersangat-sangat.
Nasib baiklah aku ni jenis cepat sejuk, kalau tak.... mau aku sumbat kepala dia dalam lubang jamban.... sabar jelah.Isssh aku ni memang dari kecik keras kepala skit. Dalam adik beradik..akulah yang paling nakal.Setakat rotan,hanger baju,tali pinggang dah biaser sangat. Tapi tu semua memang berpunca dari aku jugak. Dah memang nakal. Ingat lagi abah pernah kata :
'Dalam kepala ko ni Long..ada batu sebab tu hentak kat dinding pun x pecah'
Heehehehe.. nakal tak aku??...masa tu kalau korang nk tau aku kena hantuk kepala kat dinding dgn abah..hehehhe sebab aku lawan cakap mak..masa tu aku baru tingkatan 2.
Sebenarnya hubungan aku dengan abah selalu jer tegang...aku selalu lawan cakap abah. sampailah aku masuk tingkatan 6 barulah hubungan aku tu ok skit. Kalau tak aku dengan abah memang kurang sgt bercakap. Kecuali ada hal-hal penting jer.
Paling abah marah masa form 4 aku masuk kelas sains tapi aku curi2 tukar kelas sastera tanpa pengetahuan abah.Dah hujung tahun baru abah dapat tahu.Mengamuk giler dia.Dia marah aku macam2 tapi aku buat bodoh jer. aku buktikan pada abah aku dapat cemerlang dalam SPM tapi,sedih sangat masa aku bawak balik keputusan tu abah sikit pun x nak tengok. Aku tahu abah suka tapi dia lagi x suka aku tukar kelas dulu. Nasib baik mak ada pujuk aku.Nenek pun sama diaorang buatkan aku bubur merah bubur putih tanda kesyukuran.
Tapi bila adik aku yang no 2 dapat keputusan cmerlang dalam SPM dan dia masa tu kelas sains tulen, abah happy sangat sampai dia buat kenduri panggil org kampung. Tapi masa tu aku tak balik rumah,aku sedih sangat sebab masa time aku dulu abah sikit pun tak pandang.
Tapi sekarang bila aku ingat balik,abah sebenarnya baik dan sayang sangat dengan aku. Buktinya masa aku lari dari UITM dulu abah tak marah langsung.Abah tahu aku berhenti belajar sebab keluarga kami susah masa tu. Pinjaman plak masa tu ada problem. Aku tension sebab aku sorang belum bayar yuran sem ke 2 tu. Waktu aku balik nk mintak duit dari abah aku tahu abah masa tu tak ada duit. Lastnye aku tekad nak berhenti belajar, aku lari pi ikut kawan aku kerja kilang. Sebulan lebih aku keja tanpa pengetahuan mak dan abah. Tapi akhirnya abah dapat cari aku. Masa tu aku rasa takut sangat.Takut abah pukul aku macam selalu. Tapi rupanya tak, abah peluk dan usap kepala aku.Abah suruh aku sabar dan abah kata kalau ada duit nanti aku mesti dapat belajar. Abah along sayang abah...sayang sgt2.
Along minta maaf kalau dulu along selalu lawan cakap mak dan abah. Along tak sedar apa yang abah dan mak buat tu semuanya untuk Along. Dulu along selalu rasa terasing sebab dalam adik beradik Along je yang selalu kena pukul. Adik-adik yang lain tak pulak. Tapi sekarang Along bersyukur sebab tanpa sebatan,pukulan yang abah beri dulu mungkin along tak jadi macam sekarang. Terima Kasih abah..terima kasih mak.
Tapi sekarang along tahu betapa susahnya mak dan abah besarkan kami. Sekarang bila mak dan abah tak de lagi, along yang jadi mak..along yang jadi ayah. Terasa berat sangat beban tu. Along tak pandai nak tunjukkan rasa sayang along pada adik-adik. Mungkin sebab tu mereka selalu kata along ni garang. Tapi mak...abah along terlalu syangkan dia org. Along nk tunjukkan rasa sayang tu...tapi along tak pandai.
Kenapa agaknya Tuhan ambil kamu berdua dari kami. Mereka kata tentu ada hikmahnya. Mak..abah.. tolonglah along... along belum cukup kuat untuk buat semua ni. Tapi along janji akan buat yang terbaik untuk mereka. Kalaulah mak dan abah ada sekarang ni along nak cium kamu berdua sepuasnya...sepuas-puasnya. Along harap along akan jadi sekuat abah. Along harap along akan jadi setabah mak. Ya Allah bantulah aku untuk menjaga adik-adik ,nenek dan atuk. Letakkan mak dan abahku di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin.
peacelove: Buat semua yang bergelar anak...ciumlah tangan orang tuamu sebelum terlambat, ciumlah pipi mereka sebelum terlewat..
0 comments:
Post a Comment