RSS

Thursday, August 13, 2009

Dulu...Kini...Esok


Dulu...
dia hanya sahabat baikku
dia tempat aku mengadu
dia tempat aku lepaskan geramku
walau kadang ada rasa malu
tapi hanya pada dia
aku ceritakan kisahku

Dulu...
aku tak tahu isihatinya
aku tak kenal hati budinya
aku tak kenal pada cintanya
tapi hanya pada dia
aku luahkan segala rasa

Dulu..
tiada rasa debaran di hati
tiada rindu datang dan pergi
tiada kasih sesuci hari ini
tapi hanya pada dia
aku bongkarkan segala isi nurani

Kini..
semua telah berubah
rindu menjadi indah
namanya semakin gah

Kini 
aku kenal erti cinta
aku kenal erti bahagia
sejak aku kenali dia
sejak aku bersamanya

Esok..
ku takut akan kehilangannya
ku takut akan dibencinya
ku takut cinta berubah dusta
ku takut suka bertukar duka
ku takut dia kan pergi begitu saja

Tuhan
berikankan aku petunjuk hidup
agar yang gelap menjadi terang
yang terang menjadi jelas
kalau benar dialah orangnya
jadikan aku pencinta yang setia
jadikan aku sebahagian dari hidupnya
tetapi kalau dia bukan milikku
pulangkan ia pada yang berhak
biarpun ada rasa cinta
biarpun ada getaran di jiwa
tak mahu kulihat dia menderita
biar ku korbankan cinta
asal dia bahagia
asalkan dia gembira

Tuhan
kau maha mengetahui
apa sebenar yang tersembunyi
semoga aku akan mengerti
hikmah di sebalik semua in

0 comments:

Post a Comment