Dah tengah malam ni tapi aku x leh tido plak... baru aku teringat yang
16hb yang lalu adalah hari guru.. kalau dulu masa sekolah time hari guru mesti aku nka buy something special untuk cikgu2 aku... mase sekolah rendah lagi arwah mak dah ajar aku untuk ingat bagi present kat cikgu2... Tapi sebenarnyer hari guru ni bukanlah hanya sekali dalam setahun tetapi setiap hari kite mesti sanjung dan letak mereka di hati.
Kalau nak citer pasal cikgu ni.. aku memang banyak sangat kenangan dengan cikgu sekolah aku dulu. Paling aku x leh luper maser aku form 5... heheheh
Aku ader satu group maser tu.. 4 org.. roro,bieb,fella n aku kita orang ni memang terkenal dengan kenakalan kami. Tapi x ler nakal sangat. Kira nakal yang masih boleh dibendung lagi ler. Bagi cikgu disiplin perempuan kami terkenal dengan kesalahan disiplin berpakaian. Tak pakai singlet, x pakai kain dalam ler.. kain labuh.. baju singkat.. tudung singkat.. heheh tu ler trend kami maser tu.
Nakal benar rasenyer maser tu..
Tapi ler kan ader satu pengalaman aku dengan Cikgu Matematik aku maser tu.
Cikgu N nama dier. sejak dia masuk mengajar aku n group aku memang suke benor nyakat dier.. heheh... group aku ni geng dengan pelajar lelaki jer.. selalu wat macam2 nak boikot cikgu ni..
Letak gula getah kat kerusi dier le...
Pernah maser dia mengajar kami tipu dier pengetua cari dier...urgent.. cian dier satu sekolah dia pusing cari pengetua.. mengamuk dier lepas tu bila dh lama mencari pengetua kata
'bila saya panggil awk'
Heheheheh
Biler dia marah kami wat bodo jer..
Geng nakal kami maser tu selain dari kami berempat zahri,zaki,ajul,manap,ateng,mahzan n ramai lagi ler.. Rindu betui dengan mereka semua..
Tapi aku ader sorg cikgu ni yang aku sayang sangat-sangat
dia guru sastera aku... Kerana dialah aku dapat A dalam kesusateraan melayu walaupun pada mulanya aku bertukar dari kelas sains ke kelas sastera dan aq ingat lagi maser tu semua org marah kat aq... terutama arwah abah..dia org x suka aku mintak tukar kelas sains.. tapi nak wat camner.. dah aku memang minat giler ngan sastera tapi cikgu nilah yang banyak bagi aku support... yang bagi aku sokongan.. Alhamdullilah akhirnya arwah abah faham jugak dengan keputusan aku.
Buat semua guru-guru yang pernah berjasa pada aku... kat cni aku nak ucapkan banyak ribuan terima kasih... Emmmm.. baru aku ingat.. arwah abah ader pesan sesiapa yang memberi kita ilmu walau sedikit pun dia layak kiter gelar 'Guru'. Oleh itu kepada semua yang pernah memberikan saya ilmu walaupun hanya sebesar zarah pun saya ucapkan jutaan terima kasih...
Guru... oh... Guru Jasamu Ku Kenang Selamanya..
0 comments:
Post a Comment