RSS

Wednesday, May 13, 2009

MELAYU DAN HASAD?


Manusia pada masa kini kebanyakannya ramai yang hidup dengan hasad dengki. Masyarakat kita ada yang hidup dengan kemewahan dan ada yang hidup penuh dengan kesusahan. Malah sesetengah mereka mempunyai kemewahan yang sukar di tandingi.Tak kurang juga yang hidup dlam kemiskinan yang teramat sangat.

Kebiasaannya apabila kita melihat kesenangan dan kenikmatan hidup orang lain apa yang kita akan rasa?,,tentu sahaja akan wujud perasaan cemburu dan iri hati pada mereka. Rasanya perasaan itu adalah normal bagi seseiapa sahaja.

Tetapi apa yang tidak eloknya apabila perasaaan itu bertukar kepada perasaan benci kepada nikmat terbabit dan suka melihat kejatuhan orang lain dan itulah yang di namakan hasad.

Dan radi apa yang saya baca sekiranya perasaan iri hati itu melahirkan keinginan mendapatkan nikmat yang serupa tanpa timbul perasaan benci pada nikmat yang orang itu miliki malah tidak langsung mengharapkan kejatuhan  orang itu, ia tidak dinamakan hasad sebaliknya disifatkan al-ghibtah atau al-munasafah.

Apa yang dimaksudkan dengan hasad?...Mengikut seorang penulis yang saya baca artikelnye..hasad itu boleh ditakrifkan sebagai rasa tidak senang hati dan benci ke atas nikmat yang ada pada orang lain tetapi senang hati atau gembira dan suka sekiranya nikmat itu hilang dari tangan orang terbabit.

Kesimpulannyer ia merujuk kepada perasaan suka dan senang hati apabila orang lain ditimpa kesusahan dan bencana,tetapi menaruh kebencian yang mendalam apabila orang lain mendapat kesenangan.

p/s: inilah sebenarnyer panyakit yang sedang menular pada orang melayu... dan penyakit inilah yang kiter generasi muda perlu sama-sama banteras. 

0 comments:

Post a Comment