RSS

Thursday, May 14, 2009

Bukalah Mata


Melihat tangisan da kesengsaraan mereka... kita rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana di lahirkan dan dibesarkan di atas bumi yang aman dan damai...Tapi yang menyedihkan masih ramai yang alpa... tak sedar diri... dan tak mahu menghargainya...Sedih bila melihat anak muda yang mengutuk bangsa,negara dan paling teruk agama mereka sendiri.. entah apa yang mereka mahukan dalam hidup... langsung tidak bersyukur dengan nikmat pemberian Tuhan...Lihat apa yang terjadi di negara-negara lain yang bermasalah.. yang berperang... yang kucar kacir..

Tangisan anak-anak kecil yang tak berdosa... sedangkan sepatutnya pada waktu usia yang sebegitu mereka dapat bermain dan bergembira... melihat darah yang mengalir pada tubuh badan mereka ... luka di sana sini... aku memang rasa cukup insaf... kita di atas bumi Malaysia yang aman.

Bangkitlah anak bangsa... Bukalah mata dan minda.. Saat ini bukan masanya untuk kita mengutuk dan mengeji... Sekarang masanya untuk kita bergabung.. bersatu mempertahankan agama,bangsa dan negara.

0 comments:

Post a Comment