RSS

Wednesday, May 20, 2009

ANGIN,HUJAN DAN MIMPI ITULAH AKU

Biarkanku pergi umpama bayu..

Tak tercapai dek tanganmu...

Berlalu tanpa kau sedari..sepi..

Tak kedengaran sedikit pun bunyi...

Hingga kau sendiri tak kan menyedari...

Sewaktu aku melangkahkan kaki...

Biarkan ku pergi umpama hujan...

Mambasahimu dengan kesejukan...

Dapat kau rasa dan dapat kau pegang..

Tetapi tak akan dapat kau genggam...

Hingga kau sendiri hanya mampu terdiam...

Menunggu matahari mengeringkan tubuhmu....

Biarkanku pergi umpama mimpi...

Mengulit kau dalam syurga indah..

Mimpi yang tak mungkin jadi satu realiti...

Hinggakan kau sendiri akan tersedar....

Bahawa aku hanya sebahagian dari tidurmu...

Angin, hujan dan mimpi...

Menjadi satu... 

Terimalah hakikat.....

Angin, hujan dan mimpi...

Itulah AKU....

0 comments:

Post a Comment