RSS

Wednesday, July 15, 2009

Sesepi Ini


Mendakap memori2 usang.. terasa amat menyakitkan. Kerinduan bertukar jadi kesedihan yang amat menyakitkan. Keindahan semalam semakin hari semakin pudar. Tiada lagi gelak tawa keriuhan menyerikan ruang itu. Masing2 menutup mulut membatukan diri. Mata melirik meminta jawapan, mata hati bertanya di mana salahnya. Senyuman di pamerkan menafikan
kepiluan hati.  Ketawa palsu menjadi pelindung air mata yang deras mengalir di hati. 
Bayangkan bila kisah ini x lagi... sperti apa yang aku inginkan. Bayangkan semua episod ini terpesong dari impianku. Bayangkan semua harapanku luluh dalam sepi ini.
Bukan mudah nak menguatkan hatiku. Bukan mudah nak melalui semua ini sendiri. Tampak seperti keriuhan di sekelilingku.. padahal hati ni penuh dengan parut2 luka... walau terasa menyayat di hatiku. Biarpun aku cuba tuk mendekat rasa kau semakin menjauh.
Ku tanyakan bintang mana salahku.. ku tanyakan bulan apa dosaku..
Semua hanya membisu.. bagaikan x mendengar semua kataku
Akhirnya aku hanya berdiam.
Menyapu airmataku dengan senyuman ini.
Menutup dukaku dengan tawa riang.
Ku harap esok yang mendatang aku tak akan sesepi ini.
Kerana kesepian ini amat menyakitkan.
Kerana kedukaan ini akan bisa membunuh jiwaku saban hari.

0 comments:

Post a Comment