RSS

Thursday, November 26, 2009

~Warkah Untuk Mak & Abah~


Assalamualaikum

Mak..Abah.. walaupun nampak bodoh bila Along menulis pada kalian pada waktu ini.. tapi along tetap nak buat... supaya dada Along akan rasa lapang... terubat sedikit rasa rindu ni..

Doa Along dan adik2 berharap agar mak dan abh dalam lindungan Allah di sana... hanya doa yang mampu Along kirimkan pada kalian berdua... mak..abah..esok hari raya aidiladha.. buat kesekian kalinya kami menyambut tanpa mak dan abah... tapi mak jangan wisau..di pagi raya kami semua akan mengunjungi pusara mak dan abah... bagi kami itu adalah kewajipan yang perlu kami lakukan pada pagi hari raya...

Alhamdulillah... kehidupan kami adik beradik sekarang bertambah bagus...kalau mak dan abah ada sekarang tentu kalian akan bangga dengan pencapaian adik2... tapi kesakitan dan kerinduan di wajah2 adik2 masih jelas nyata mak..abah. Walaupun mereka jarang melafazkannya.. tapi semua tu jelas terpancar setiap kali kami semua bersua...apatah lagi jika sewaktu kami mengunjungi pusara kalian... cuma sekarang kami semua sudah mula menerima kenyataan tentang pemergian kalian berdua.

Adik pun nampaknya sudah semakin matang... tak susah untuk Along menjaga mereka semua.. alhamdulillah mereka semua dengar apa kata Along.. Cuma setiap kali mereka menangis di bahu Along...Along sendiri tak tertahan rasanya... tetapi cuba sedaya upaya untuk kuatkan semangat... kerna itulah Along menulis pada mak dan abah.... esok hari raya aidiladha... mesti rumah kita banjir lagi dengan tangisan kami semua... Sakitnya kehilangan mak dan abah terasa seperti baru semalam berlalu...Rindunya dalam hati ni pada kalian hanya tuhan sahaja yang tahu.

Mak dan Abah

Doakanlah Along dapat melalui hari esok dengan tenang... doakanlah Along ye mak dan abah...

Salam sayang dan peluk rindu dari Along......

0 comments:

Post a Comment