RSS

Thursday, November 26, 2009

~ Aku Dan Kisah Hidupku ~


aku dan kisah hidupku
semakin bertambah hari semakin bertambah
dugaan dan pengalaman baru yg aku tempuhi
tujuh haribulan november yang lalu
usiaku meningkat setahun lagi
bertambah usia bermakna bertambah jugalah tanggungjawab aku
perit dan getir yang aku lalui
mengajar aku untuk jadi lebih kuat
namun kehadiran orang-orang tersayang di sisi
membuatkan aku semakin berani melangkah
walaupun aku tahu ada juga yang mencebik padaku
tapi itu sebenarnya penguat semangat
kerna itu juga kadang2 aku sibukkan diriku dengan macam2 hal
agar kesedihan yang aku rasakan tak begitu terasa
hampir genap 2 tahun jiwa aku sebenarnya dalam kemurungan
masih susah nak aku kikiskan
kerna bagiku kehilangan mak dan abah
seperti baru semalam berlaku
bayangan tubuh mak dan abah yang terbaring kaku masih jelas di depan mataku
mungkin ada yang berkata
'ah! sudahlah...benda dah lepas..jgn di kenang lagi'
memang mudah nak berkata2.. tapi aku yang merasa sakitnya
mungkin mereka belum lagi terasa pedihnya
belum terasa sakit yang aku rasakan
esok aidiladha menjelma lagi
untuk ke sekalian kalinya kami menyambut tanpa mak dan abah
petang ni aku akan pulang ke kampung
harap2 nenek akan sihat sahaja
mungkin aidiladha ini dapat menggantikan 
aidilfitri yang kami tak dapat sambut baru2 ini
untuk semua sahabat2 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

0 comments:

Post a Comment