RSS

Tuesday, May 4, 2010

Entah Apa-apa....


kecil hati?
mungkin itu yang aku rasa..
dengan siapa?
dengan orang yang rapat dengan aku..
kenapa?
ntah... mungkin segala pengorbanan aku padanya masih belum cukup lagi..
kau sedih?
mustahil kalau aku tak rasa sedih..
kau marah?
perlukah aku marah pada orang yang aku sayang..
kau sayang dia..?
mana mungkin aku tak sayang darah daging ku sendiri....
kau menangis?
ya... kerna hanya ini yang mampu aku lakukan...
kenapa tak kau luahkan?
luahkan?? pada siapa?? rasanya lebih baik aku simpan...
apa kau nak lakukan selepas ni?
menangis dan berdiam... hanya itu yang aku mampu lakukan...
:'(

Thursday, April 29, 2010

:. Hanya Dia .:

sweet tak??... pink yg cute...
waaaa.... i likeeee....
simple tapi cun melecun....!!!
muaaaaahksss!!

Saturday, April 17, 2010

:. Miasara (siri 1)



Keriuhan suara anak-anak yang bermain itu membuatkan hati yang sedang pilu terubat sedikit.Rindunya Mia pada suasana kampungnya yang telah lama ditinggalkan.Mungkin bagi orang lain 3 tahun itu tidak lama, tapi buat Mia tempoh sebegitu sudah cukup menyiksakan baginya. Di sinilah dia dibesarkan dan di sini jugalah segala memori bersama mak dan abah terpahat kukuh di hatinya.3 tahun itu jugalah mak dan abah telah pergia meninggalkan Mia. Dia menjadi anak yatim piatu setelah kedua orang tuanya meninggal dalam satu nahas jalan raya.
Duduk bersendiri di beranda rumahnya membuatkan dia amat merindu saat-saat manis bersama mereka.Kehilangan mereka merupakan tamparan yang paling hebat buatnya.Dia cuba untuk menahan air matanya dari mengalir tetapi tanpa dapat ditahan sepasang matanya itu sudah pun berkaca.
“Mia... apa yang dibuat sorang-sorang di luar tu.. mari makan jemput-jemput pisang ni”,suara mak su menghentikan lamunannya.
“Eh.. Mak su..tak ada apalah.. cuma seronok tengok budak-budak tu bermain,”jawab Mia sambil mengesat air mata di matanya.
“Ermm..kau menangis ye Mia?”.
“Mana ada mak su ni...”, cepat-cepat Mia menepis kata-kata Mak Sunya.
“Janganlah kau nak tipu mak su, mak su bukan tak kenal kamu tu.. sudahlah tu, bukan salah kalau kita menangis pun.Air mata tu dapat mengurangkan sedikit kepedihan dalam hati kita.Jangan selalu dipendam di hati..tak baik Mia,” nasihat Mak Su panjang lebar.
“Entahlah Mak Su.. rasanya macam baru semalam mak dan abah ada bersama Mia, tak sangka dah 3 tahun mereka pergi tinggalkan kita...Rindunya pada mereka Mak Su,”Mia meluahkan rasanya.
“Yang pergi tu tetap pergi Mia, yang hidup ni kena teruskan hidup,sedekahkanlah Al-Fatihah buat mereka, doakan kesejahteraan mereka di sana.. tak pelah kamu makanlah dulu.Mak Su nak ke dapur ada kerja sikit nak buatt, makan tau jangan di biar je makanan tu,” Mak Su meninggalkan Mia sendirian semula. Mia mengeluh perlahan, sekarang Mak Su lah yang banyak bekorban untuknya sekeluarga.Mak Su yang sudi tinggal di rumah peninggalan mak dan abahnya dan mak su lah yang mnjaga spa kepunyaan ibunya di pekan berhampiran kampungnya.
Mak Su seorang wanita awal 40 an yang sudah hidup menjanda selama 10 tahun, suaminya meninggal kerana terkena serangan jantung.Mak su tak ada anak, kerana itu Mak Su sayangkan Mia dan Ikmal adik bongsunya.Mak Su melayan Mia dan adiknya seperti anaknya sendiri.Mereka saling menumpang kasih.
************************************************************************

“Mia kena belajar menguruskan Miasara Spa ni, Mak Su tahu memang niat mama Mia nak serahkan Spa ni pada Mia, sebab tulah nama Spa ni ni pun mama letakkan nama Mia.Mak Su ni hanya boleh bantu je Mia, Mak su dah tua.. Mia lah yang patut menjaga dan menguruskan Miasara,” ujar Mak Su sewaktu mereka berada di Miasara Spa kepunyaan arwah mamanya.
Mia hanya berdiam diri, 3 tahun yang lalu juga Mak Su pernah berkata yang sama padanya. Tapi pada waktu itu dia nekad untuk ke Singapura dan belajar di sana. Walhal yang sebenarnya niat hatinya adlah untuk mengubat hatinya setelah mama dan abahna meninggal.Kini dia kembali, Miasara adalah matlamatnya kini.
“Mia, Mak Su nak ke luar sekejap ada hal, kamu duduk dulu kat sini, kenal-kenal dengan staff yang lain, kalau ada apa-apa kamu tanya Dina, dia tahu banyak pasal Miasara ni. Kalau ada masalah juga call Mak Su ya”.
“Ok Mak Su, jangan risaulah.nanti kalau ada apa-apa Mia call Mak Su,”ujar Mia sambil tersenyum.
Mia memandang sekeliling ruang pejabat itu, dulu di sinilah mama selalu duduk dan bekerja, di sinilah awalnya Miasara dibangunkan, mama sayangkan spa ni.Macam-macam dugaan terpaksa mama tempuh untuk memajukan Miasara.Mama kuat semangat walau pernah jatuh mama bangun semula.Setelah mama meninggal ada juga yang menyuarakan hasrat untuk membeli spa ni tapi awal-awal lagi Mia menolak.Baginya Miasara adalah semangat mamanya yang masih ada.Cuma 3 tahun lalu dia belum bersedia memikul tanggungjawab ini.
Mia tersenyum sendiri apabila melihat dirinya di cermin, lucu pula apabila melihat dirinya sendiri yang tidak tahu apa-apa tentang kecantikan tiba-tiba menjadikan tuan punya spa ni.Mia suka berketerampilan seperti lelaki.Jeans,t shirt dan topi adalah pelengkap hidupnya setiap hari. Kadang- kadang short pants sahaja ke sana ke mari.Mesti kalau sekali pandang orang tak akan percaya yang dia tuan punya Miasara Spa yang terkenal di pekan ini.Pelancong-pelancong yang datang selalu menjadikan Miasara Spa sebagai tempat melepaskan lelah mereka.Sebut sahaja nama Miasara Spa semua orang di pekan ini tahu. Tapi sewaktu mamanya masih hidup Mia jarang ke sini sebab dia tak minat dengan semua ni, dan tak sangka sekarang dia yang menguruskannya pula.
Dia menarik nafas panjang dan keluar dari ruang pejabat itu, beberapa staffnya sedang sibuk bekerja, dia hanya tersenyum memandang mereka.
“Selamat pagi Cik Mia, ada apa-apa yang saya boleh bantu?,”Dina menegurnya sewaktu dia melintas di kaunter utama.
“Tak mengapa Dina, awak buatlah kerja awak, saya nak jalan-jalan tengok keadaan di sini. Nanti kalau ada apa-apa saya cari awak,”jawab Mia sambil tersenyum ikhlas.
“Kalau macam tu tak apalah, nanti kalau ada apa-apa masalah panggil saja saya ye”.
Mia meneruskan langkahnya ke kolam air panas, nampaknya di situ tak ada orang. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi rehat berhadapan kolam itu. Nyaman betul rasanya dapat berehat di situ.Belum puas dia melepaskan lelahnya dia dikejutkan dengan satu suara.
“Cik tumpang tanya sikit boleh?,” Mia mendongak ke atas di lihatnya seorang lelaki berdiri di sebelahnya.
“Ya.. ada apa-apa yang saya boleh bantu?,”balas Mia.
“Tak mengapa ke kalau saya duduk-duduk disini sekejap sebab saya tengah tunggu mak saya buat rawatan di dalam tu?,”tanya lelaki itu.
“ Oh.. tak ada masalah.. berehatlah dulu di sini silakan,”jawab Mia.
“Kalau macam tu baguslah, lemas saya duduk di dalam tu, kalau bukan kerana mak saya tak kuasa saya nak masuk tempat macam ni... erk.. maksud saya tempat macm ni sesuai untuk wanita je. Eh awak buat pa kat sini?.. ni mesti awak pun macam saya hadi peneman sesiapa dan penunggu disini,” ramah betul lelaki itu berbicara hinggakan Mia tak tahu nak berkata apa-apa.
“Kenapa orang perempuan perlu buat rawatan spa ni ea?..penting sangat ke? Jadi lelaki macam saya ni senang kan tak payah nak fikir benda ni semua..leceh betul,”bebel lelaki itu lagi.
“Tapi ada jugak lelaki yang datang ke sini,”jawab Mia ringkas.
“Ye ke?,”soal lelaki itu seolah-olah tak percaya.
“Ye.. orang lelaki sekarang pun dah pandai jaga kecantikan,”jawab Mia sambil tersenyum.
Tanpa di duga pertemuan yang tak disangka itu telah membawa mereka kepada perbualan yang semakin rancak.
*******************************

:. Nak Makan Eskrim Plsssss .:

dah lama tak menulis kat sini... ntah nape tetiba teringin plak nak makan es krim..
huhuhu dah duk kampung ni susah le nak makan pelik2 cam ni...
tapi x per.. dapat makan eskrim kacang pun ok gak ler...
kata org makan eskrim leh bantu hilangkan stress kepala kiter..
tul ker?... ape2 hal pun nak kena try dulu lah yer..
barulah tahu kebenarannya...

Saturday, March 6, 2010

SIAPA DIA?? DIA SIAPA??


dia amat istimewa
dia wat aku bahagia
kadang2 dia wat aku menangis juga
tapi selepas itu dia wat aku tertawa
siapa dia?
dia tak pandai bermain kata-kata
tapi selalu berjenaka
dia tak pandai bermadah pujangga
tapi dia ikhlas berbicara
siapa dia?
dia jujur dalam bicaranya
dia hanya manusia biasa
bukan dari golongan berada
tapi aku senang disampingnya
siapa dia?
cubalah teka..... siapa dia?.. dia siapa??

Monday, March 1, 2010

:. Doaku .:


Dua hati berbeda
menjadi satu demi CINTA
bila kasih terbina
semua terluka dapat dilupa
terkadang kita buta
ada bahagia di depan mata
sering kita alpa
mencari cahaya jauh di alam maya
sedangkan cinta sejati ada dekat dengan kita
tak sangka itu sebenarnya cinta
sesuatu yang kita anggap ianya biasa
rupanya terlalu istimewa
mungkin pedih telah mengajar kita tentang cinta
menghargai sesuatu yang pernah kita lupa
dan ini akan jadi pengajaran tuk selamanya
ini doaku untuk kita berdua
aminn...




:. 4ever 2gether .:

lembaran baru bermula
memang payah skit nak start sesuatu yang baru
tapi aku dan dia akan cuba dengan sedaya upaya
dugaan??.. tentulah banyak... tapi aku harap dia akan bersabar begitu juga aku..
selalu aku katakan pada dia... susah senang akan ditempuhi bersama..
jika dia berjaya nanti aku akan terus menyokongnya... seandainya dia jatuh aku akan
bawa dia bangun bersama
ceh... jiwang le plak..
ape pun buat dia.. semua akan kita tempuhi bersama ok.. so plsss jangan give up



Monday, February 8, 2010

~ Nenek Pergi ~


Nenek dah tiada wat selamanya
seolah separuh dari nyawaku dah hilang diri jasad ini
x tahu apa nak aku katakan
yg pasti aku betul2 down n down
nenek along miss u so much!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, January 29, 2010

~ Rindu Yang Menyakitkan ~

Kerinduan itu menyesakkan nafasku
Kerinduan itu membutakan mataku
Kerinduan itu mematahkan nafsuku
Kerinduan itu benar-benar membuat aku keliru

Mengapa mesti ada rindu
Walaupun hinaan yang aku dapatkan
Mengapa mesti ada rindu
Walaupun penderitaan yang aku terima
Mengapa mesti ada rindu
Walaupun ada benci di dada

Tuhan
Apa sebenarnya yang berlaku
Apa sebenarnya yang ingin kau tunjukkan
Andainya dia memang ditakdirkan untukku
Restuilah kami berdua
Andainya dia sememangnya bukan milikku
Kau pisahkanlah hati kami selamanya
Sesungguhnya rindu ini amat menyakitkan
Sesungguhnya rindu ini amat menyeksakan